AM

KERAJAAN TINGKAT PENGUATKUASAAN PASTIKAN TIADA KENAIKAN HARGA MELAMPAU

13/06/2024 07:44 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan dan memberi tumpuan kepada usaha bagi memastikan tiada kenaikan harga yang tidak seimbang berlaku susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel baru-baru ini, kata Kementerian Kewangan. 

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican berkata usaha untuk mengukuhkan aspek penguatkuasaan adalah penting supaya sektor perniagaan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya, kerana ia sama sekali tidak berkaitan dengan skala rasionalisasi yang dilaksanakan. 

“Rasionalisasi itu bertujuan untuk menangani penyeludupan dalaman dan merentasi sempadan bagi memastikan ia lebih tertumpu ke arah membantu rakyat secara keseluruhannya,” katanya pada sesi panel dalam simposium bertajuk “Subsidy rationalisation: Charting the course towards economic transformation” di Simposium Sasana 2024 Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

Beliau juga berkata kerajaan telah menjarakkan rasionalisasi subsidi secara menyeluruh melalui pendekatan mengikut urutan dengan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik pada 2022 dan seterusnya harga ayam, air dan diesel.

“Sebagai kerajaan dan penggubal dasar, perlu juga tingkah laku rakyat dari segi pemberian bantuan dan bantuan untuk mereka.

“Apa yang kita lakukan untuk tarif elektrik ialah penetapan harga berperingkat, dengan jumlah pengguna yang lebih tinggi tertakluk kepada tarif yang lebih tinggi. Itu cukup adil,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan