EKONOMI

MEKANISME ICPT TIDAK BERI IMPAK TERHADAP OPERASI PERNIAGAAN - TNB

01/07/2024 02:06 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pelaksanaan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) akan bersifat neutral dan tidak akan menjejaskan operasi perniagaan dan kedudukan kewangan syarikat, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata pengumuman Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) baru-baru ini adalah susulan keputusan kerajaan untuk meneruskan mekanisme ICPT dari 1 Julai hingga 31 Dis 2024.

“Keputusan itu dibuat untuk menangani kos penjanaan tambahan berikutan kenaikan harga bahan api yang digunakan untuk bekalan elektrik dari 1 Jan hingga 30 Jun 2024.

“Setakat ini, kerajaan telah berjaya melaksanakan 20 kitaran ICPT sejak mekanisme itu diperkenalkan pada 2015,” menurut TNB.

Pada 29 Jun, PETRA mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai  hingga 31 Dis 2024.

Pengguna komersial dan industri akan mengalami penurunan kadar ICPT sebanyak 1 sen/kWj dalam tempoh tersebut, menurut PETRA.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan