DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

02/07/2024 08:24 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong berkata secara teknikalnya, FBM KLCI telah mengalami kenaikan harga selepas dibuka dan kemudiannya jatuh pada harga pembukaan apabila pasaran ditutup kerana indeks utama bergerak sedikit lebih rendah.

“Buat masa ini, kami menjangkakan FBM KLCI mungkin terus mencabar paras 1,600. Kejayaan menembusi paras tersebut boleh memacu indeks utama ke arah paras rintangan terdekat pada 1,630. Dari segi penurunan, paras sokongan kekal pada 1,580,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pakar Strategi Pasaran Berjaya Mutual Sdn Bhd Nik Ihsan Raja Abdullah menjangkakan trend kenaikan berterusan, dengan paras rintangan utama pada 1,630 dan paras sokongan pada 1,570.

“Walaupun berlakunya ketidaktentuan global, prestasi terkini KLCI dan petunjuk teknikal menunjukkan prospek positif dalam jangka masa terdekat,” tambahnya.

Kontrak bulan semerta Julai 2024 dan Disember 2024 masing-masing jatuh 1.5 mata kepada 1,600.5 dan 1,593.5, manakala Ogos 2024 dan September 2024 masing-masing susut 2.0 mata kepada 1,602.0 dan 1,586.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 9,691 lot daripada 8,046 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 49,528 kontrak daripada 47,045 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun sebanyak 0.24 mata kepada 1,597.96 daripada 1,598.20 ketika ditutup pada Isnin. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan