AM

PM SAMPAI SUMBANGAN KEPADA BEKAS JURUTERA ELEKTRIK HILANG PUNCA PENDAPATAN

05/07/2024 10:53 AM

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada bekas jurutera elektrik Tan Men Heang, yang hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri setelah menghidap angin ahmar.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata isteri Tan juga sukar untuk bekerja kerana menghadapi masalah kaki yang menyukarkan dirinya untuk bergerak.

Sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politik Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah MADANI, bagi meringankan beban kos perubatan yang ditanggung Tan dan isteri.

“Saya titipkan doa memohon kesejahteraan dan kekuatan untuk mendepani dugaan dan meneruskan kehidupan,” katanya menerusi catatan itu. 

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamaruddin.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan