EKONOMI

SOUTHERN CABLE RAIH KONTRAK TNB BERNILAI RM99.6 JUTA

05/07/2024 07:54 PM

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Pengeluar kabel dan wayar, Southern Cable Group Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM99.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) membabitkan usaha pembekalan kabel bawah tanah dan konduktor pelbagai saiz.

Kontrak terbaharu yang dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuh Southern Cable iaitu Southern Cable Sdn Bhd, turut meningkatkan jumlah nilai perjanjian bekalan berterusan kumpulan dengan TNB kepada RM854.3 juta.

Pengarah Urusan Southern Cable Group, Tung Eng Hai dalam kenyataan berkata pihaknya komited dalam menyokong inisiatif pembangunan TNB menerusi penyelesaian kabel dan wayar syarikat yang membolehkan pengembangan grid, integrasi tenaga boleh baharu dan usaha pemodenan.

Kejayaan meraih kontrak terbaharu itu menjadikan nilai perolehan sedia ada Southern Cable kini melebihi RM1 bilion yang menyumbang kepada ketampakan pendapatan kukuh sehingga 2026.

Kontrak-kontrak itu merangkumi usaha pembekalan kabel dan wayar, sistem penerus dan bateri selain produk lain yang berkaitan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan