AM

PASANGAN WARGA EMAS MAUT KERETA DINAIKI BERTEMBUNG BAS EKSPRES

05/07/2024 08:22 PM

MACHANG, 5 Julai (Bernama) -- Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata dalam kejadian sekitar 12.30 tengah hari itu, pemandu kereta jenis Perodua Kancil, Abdul Razab Awang Kechik, 88, dan isterinya, Zaiton Ismail, 70, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa dari arah Tanah Merah ke Machang hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung bas ekspres  yang membawa 29 penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

katanya, pemandu bas dan kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan