AM

Polis Tingkatkan Rondaan Di Kawasan Banjir, Elak Jenayah Pecah Rumah

19/09/2024 09:30 PM

ARAU, 19 Sept (Bernama) -- Polis meningkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan terjejas banjir dalam usaha memastikan rumah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selamat dan bagi mencegah jenayah pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata pihaknya membuat rondaan tambahan secara berkala yang turut melibatkan balai polis selain rondaan biasa oleh Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Kita membuat pemantauan ke atas rumah mangsa banjir dengan rondaan secara berkala yang mana kita akan mendapatkan maklumat berkaitan alamat rumah, nombor telefon rumah terlibat bagi pemantauan ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu beliau membuat tinjauan di PPS Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah dan kawasan terlibat banjir di sekitar daerah Arau.

Ahmad Mohsin turut menasihati mangsa banjir untuk tidak meninggalkan barangan berharga di rumah ketika berpindah ke PPS.

Beliau berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini kejadian pecah rumah atau jenayah lain tidak berlaku semasa banjir melanda daerah Arau.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan