AM

JKM Perlis Selesai Siasatan 57 Kes Ribut, Jumlah Kelulusan Bantuan Lebih RM47,000

21/09/2024 12:43 PM

KANGAR, 21 Sept (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis telah menyelesaikan siasatan terhadap 57 kes melibatkan kerosakan rumah akibat ribut di sekitar negeri itu dengan jumlah kelulusan bayaran bantuan sejumlah RM47,810.

Pengarah JKM Perlis Ku Chik Ku Mat Esa berkata pihaknya menerima 83 kes sepanjang tempoh ribut berlaku pada 14 hingga 16 Sept lepas yang 26 kes lagi masih dalam siasatan pihaknya.

“Sehingga kini, 57 kes telah selesai siasatan dan kelulusan telah diberikan, dan semua kes ini sedang melalui proses pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ku Chik menyeru mangsa ribut segera membuat laporan polis dan berhubung dengan pegawai JKM bagi mempercepatkan proses penilaian serta pemberian bantuan berkenaan yang JKM menyediakan bantuan maksimum RM5,000 untuk membaiki rumah.

“Kita mahu penilaian dibuat secepat mungkin agar bantuan dapat disalurkan dengan kadar segera, kerana kita sedar betapa pentingnya bantuan ini untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa akibat kerosakan yang mereka alami,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan