PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DIBUKA TINGGI

19/06/2024 10:27 AM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu disokong oleh sentimen secara keseluruhan dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS) semalaman yang positif.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.62 mata kepada 1,607.75 daripada 1,606.13 pada Selasa.

FBM KLCI dibuka tinggi 2.34 mata kepada 1,608.47.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 259 berbanding 234 manakala 325 kaunter tidak berubah, 1,583 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 360.24 juta unit bernilai RM158.78 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, jualan runcit AS berada di bawah jangkaan dan pasaran dijangka menggesa kepada penurunan kadar faedah pada bila-bila masa pada separuh kedua 2024.

Katanya Wall Street ditutup tinggi dengan Nasdaq masih mendahului dan Nvidia telah menggantikan Microsoft dan Apple sebagai syarikat permodalan pasaran terbesar, menjadikannya syarikat awam paling bernilai di AS.

Dari aspek teknikal, katanya indeks utama bercampur-campur dengan paras halangan dijangka pada 1,620-1,625 dan paras sokongan pada 1,585-1,590. 

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi YTL Corporation naik 7.0 sen kepada RM3.57, Petronas Chemicals Group meningkat 5.0 sen kepada RM6.56, CelcomDigi dan Axiata, masing-masing menambah 3.0 sen kepada RM3.75 dan RM2.78 serta Maybank naik 2.0 sen kepada RM9.95. 

Dalam senarai kaunter paling untung, PPB Group meningkat 12 sen kepada RM14.62, PIE menambah 10 sen kepada RM6.85, AEON Credit Service menokok 9.0 sen kepada RM7.79 dan Heitech Padu naik 8.0 sen kepada RM2.02. 

Antara kaunter yang paling aktif, Ingenieur tidak berubah pada 7.0 sen, ATA IMS merosot 3.5 sen kepada 48 sen, KTI Landmark susut setengah sen kepada 29.5 sen, Ho Wah Genting naik 3.5 sen kepada 32.5 sen dan WCT menambah 4.0 sen kepada 79.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 7.48 mata kepada 12,372.62, Indeks FBMT 100 meningkat 6.88 mata kepada 11,940.00 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 4.97 mata kepada 12,744.34.

Indeks FBM 70, bagaimanapun merosot 10.57 mata kepada 18,094.64 tetapi Indeks FBM ACE naik 8.16 mata kepada 5,857.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 1.77 mata kepada 17,517.92, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.09 mata kepada 199.58, Indeks Tenaga jatuh 1.91 mata kepada 986.43 dan Indeks Perladangan susut 3.23 mata kepada 7,027.24.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan