PASARAN > BERITA

RINGGIT DITUTUP TINGGI BERBANDING DOLAR AS

19/06/2024 07:24 PM

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ringgit terus ditutup kukuh berbanding dolar AS berikutan mata wang negara maju itu berdepan tekanan menurun disebabkan data jualan runcit yang lemah di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis. 

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7055/7075 berbanding dolar AS 4.7110/7155 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jualan runcit AS yang lemah berbanding jangkaan pada Mei telah mengakibatkan penurunan Indeks Dolar AS (DXY) kepada 105.241 mata.

Dilaporkan bahawa data Jualan Runcit AS bagi Mei berkembang pada kadar perlahan sebanyak 0.1 peratus berbanding unjuran sebanyak 0.2 peratus.

"Data itu menyokong pandangan bahawa Rizab Persekutuan AS berada di landasan untuk menurunkan kadar faedah  tahun ini," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit ditutup rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.9806/9821 daripada 2.9798/9828 ketika ditutup semalam, turun berbanding pound Britain kepada 5.9896/9922 daripada 5.9750/9807 dan merosot berbanding euro kepada 5.0518/0540 daripada 5.0492/0541 sebelum itu.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang rakan Asean.

Ia turun berbanding rupiah Indonesia kepada 287.4/287.7 daripada 287.0/287.3 pada penutup dagangan semalam, merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8257/8354 daripada 12.7874/8048 dan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.4832/4850 daripada 3.4793/4829. 

Walau bagaimanapun, ia lebih tinggi berbanding peso Filipina pada 8.01/8.01 daripada 8.03/8.05.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan