PASARAN > BERITA

RINGGIT DIBUKA RENDAH BERBANDING DOLAR AS

20/06/2024 09:57 AM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila dolar AS semakin mengukuh susulan sentimen yang bertambah baik, kata pakar ekonomi.

Pada 9.08 pagi, ringgit susut kepada 4.7080/7125 berbanding dolar AS daripada 4.7055/7075 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit berkemungkinan didagangkan secara mendatar hari ini berdasarkan carta teknikal yang menunjukkan USD/MYR berada dalam zon neutral.

“Indeks Dolar AS (DXY) terus kekal di atas 105 mata berikutan kelemahan euro, yen Jepun dan pound sterling, yang bersama-sama menyumbang lebih 80 peratus kepada indeks itu.

“Kesimpulannya, unjuran terhadap dolar AS yang kukuh dalam tempoh terdekat kekal utuh,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama semasa awal dagangan.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9797/9828 daripada 2.9806/9821 ketika ditutup pada Rabu, dan naik berbanding pound British kepada 5.9872/9929 daripada 5.9896/9922.

Walau bagaimanapun, ringgit turun berbanding euro kepada 5.0592/0641 daripada 5.0518/0540.

Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.

Unit domestik susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4856/4892 daripada 3.4832/4850 semalam dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8420/8585 daripada 12.8257/8354.

Mata wang tempatan juga lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 287.6/288.1 daripada 287.4/287.7 ketika ditutup pada Rabu, dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.02.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan