POLITIK > BERITA

PROSES PENAMAAN CALON PRK SUNGAI BAKAP BERJALAN LANCAR - POLIS

22/06/2024 02:54 PM

NIBONG TEBAL, 22 Jun (Bernama) -- Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini hari ini berjalan lancar.

Jurucakap Polis Pulau Pinang bagi PRK DUN Sungai Bakap SAC W. Puspanathan berkata 600 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal lalu lintas dan keselamatan sepanjang proses penamaan calon itu.

“Pihak polis amat berpuas hati dengan kerjasama daripada parti-parti politik bertanding,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kesalahan berkaitan pilihan raya.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PRK berkenaan pada 6 Julai, manakala pengundian awal pada 2 Julai.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan