MOTAC ANJUR MINGGU BUDAYA MALAYSIA 2024 SEMPENA PENGANJURAN 8TH CHINA-EURASIA EXPO DI XINJIANG, CHINA

24/06/2024 03:35 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menganjurkan Minggu Budaya Malaysia 2024 bersempena dengan 8th China-Eurasia Expo di Urumqi, Xinjiang, China dari 26 hingga 30 Jun 2024. Penyertaan MOTAC ke program ini akan diketuai oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Ini merupakan usaha kerajaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan China selaras dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China.

Malaysia, melalui MOTAC, akan mengadakan promosi seni, budaya dan warisan Malaysia yang secara tidak langsung memberi peluang kepada Republik Rakyat China (RRC) terutama di Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang untuk meneroka, memahami dan menghayati kepelbagaian budaya, seni dan warisan Malaysia.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan