ENCORP BERSAMA JABATAN PENERANGAN NEGERI PAHANG EDAR 1,000 JALUR GEMILANG DI TELUK CEMPEDAK SEMPENA HARI MALAYSIA

18/09/2024 05:11 PM

TELUK CEMPEDAK, 18 Sept (Bernama) -- Encorp Berhad (ENCORP) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Pahang telah mengedarkan 1,000 Jalur Gemilang kepada pemandu kenderaan dan pengunjung di sekitar Teluk Cempedak pada 14 September 2024. Program Cahaya Malaysia - Kibarkan Jalur Gemilang ini diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia 2024 yang turut melibatkan kerjasama daripada Pejabat Penerangan Daerah Kuantan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Majlis Bandaraya Kuantan serta wakil daripada Komuniti Madani Daerah Kuantan. 

Perasmian program ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Y.Bhg Tuan Cik Kazidi bin Mohd Zainuddin, Ketua Penolong Penolong Pegawai Daerah, Puan Nor Diana binti Ismail diiringi bersama Ketua Jabatan Teknologi & Digital ENCORP, Ts. Mat Akher bin Hassan.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan