KEM GENERASI BUDAYA MELAHIRKAN PELAPIS WARISAN SENI BUDAYA

19/09/2024 11:40 AM

PULAU PINANG, 19 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia akan menganjurkan enam (6) siri Kem Generasi Budaya mengikut zon seluruh Malaysia. Bagi pelaksanaan pertama Kem Generasi Budaya adalah dilaksanakan di Zon Utara pada 18-21 September 2024, manakala Zon Sarawak pada 23-26 September 2024, Zon Tengah pada 2-5 Oktober 2024, Zon Timur pada 8-11 Oktober 2024, Zon Selatan pada 15-18 Oktober 2024 dan Zon Sabah pada 28-31 Oktober 2024. Majlis Perasmian Kem Generasi Muda dilaksanakan pada 18 September 2024 di White Camp Resort, Balik Pulau.

Kem Generasi Budaya ini adalah merupakan program yang memberi fokus kepada penerapan jati diri dan pembentukan keperibadian yang mulia dalam kalangan belia. Program ini melibatkan peserta dalam kalangan belia berumur 18 hingga 30 tahun yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk etnik Sabah dan Sarawak. Melalui program ini, peserta dapat menonjolkan bakat-bakat dan kreativiti remaja dalam bidang seni  dan budaya. Program ini dilaksanakan dalam bentuk interaksi, ceramah dan latihan dalam kumpulan. Selain itu, program ini akan melatih bagi melahirkan belia sebagai NGO baharu dengan menubuhkan persatuan seni budaya dalam menjana ekonomi melalui persatuan/syarikat yang ditubuhkan.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan