SUKAN > BERITA

CHERY MALAYSIA BERI HABUAN SUV BUAT ATLET RAIH PINGAT DI OLIMPIK PARIS

19/06/2024 02:11 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Atlet negara yang berjaya membawa pulang pingat pada Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menerima habuan lumayan berupa sebuah kenderaan utititi sukan (SUV) oleh jenama automotif dari China, Chery menurut Presiden Chery Malaysia Leo Chen.

Perkara itu dimaklumkan pada satu majlis pemeteraian kerjasama di antara Chery Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini sebagai memotivasikan serta menghargai usaha para atlet bertanding.

"Kita tahu mereka berusaha keras dalam masa yang panjang untuk persediaan ke temasya sukan ini. Kami mempunyai harapan tinggi bahawa tahun ini Malaysia akan mendapat pingat emas pertamanya yang sangat diinginkan selama ini.

“Kepada kontinjen Malaysia, anda tahu bahawa Chery Malaysia akan memberi sorakan kepada anda pada setiap jejak perjalanan anda,” katanya semasa majlis itu di sini hari ini.

Leo berkata habuan itu berupa SUV Tiggo 8 Pro bagi atlet yang membawa pulang pingat emas, Omoda E5 untuk pemenang pingat perak sementara Tiggo 7 Pro bagi yang membawa pulang gangsa.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN Abdul Rashid Yaakub mengharapkan supaya perkhabaran itu sekali gus dapat merangsang atlet memberikan yang terbaik serta membanggakan negara pada temasya yang akan bermula 26 Julai hingga 11 Ogos itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan