SUKAN > BERITA

KRIKET: VIRANDEEP SERTAI LIGA SURREY JAGUARS - MCA

22/06/2024 12:58 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Pemain kriket negara Virandeep Singh bakal menyertai Liga Surrey Jaguars GlobalT20 di Kanada, menurut Persatuan Kriket Malaysia (MCA).

MCA dalam hantaran di Facebook rasmi persatuan itu memaklumkan bahawa liga GlobalT20 adalah liga francais global berprestij yang menampilkan pemain sensasi seperti Babar Azam, Mohammed Rizwan, Marcus Stoinis, Sunil Narine dan ramai lagi.

“Kami amat berbangga dan tidak sabar untuk menyaksikan Virandeep menyerlah di pentas antarabangsa berkenaan,” menurut hantaran itu.

Virandeep pernah melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia yang pertama mencatatkan 1,000 larian dalam format Twenty20 International apabila membantu Malaysia menewaskan Maldives dengan 94 larian dalam Siri T20I Quadrangular Malaysia 2022 di Oval UKM di Bangi.

Beliau turut mencipta kejayaan apabila muncul sebagai centurion Malaysia Twenty20 yang pertama ketika membantu Malaysia menang ke atas Indonesia dalam aksi pembukaan Kumpulan A Sukan SEA 2023 selepas mencatatkan 116 larian sekali gus membolehkan Malaysia menewaskan Indonesia dengan 94 larian.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan