SUKAN > BERITA

SHARUL AIMY BELUM PASTI SERTAI KEJOHANAN KEBANGSAAN

22/06/2024 12:37 PM

SERDANG, 22 Jun (Bernama) -- Atlet gimnastik negara Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam belum pasti sama ada bakal menyertai kejohanan gimnastik kebangsaan yang akan berlangsung pada 29 hingga 30 Jun ini.

Menurut  pemenang  pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu, beliau belum cergas sepenuhnya apabila masih dibelenggu kecederaan buku lali yang dialaminya sejak tahun lepas.

“Tak pasti lagi (kejohanan gimnastik kebangsaan) sebab saya sekarang fokus untuk pulih dari kecederaan di bahagian buku lali.Saya masih tunggu keputusan doktor minggu depan sama ada kena buang cyst sahaja atau kena jalani pembedahan. 

“Kecederaan ini sebenarnya dah lebih setahun tapi tak bagi impak yang teruk. Cuma kacau fokus saya terutama waktu latihan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Menurut atlet itu, jika ditakdirkan tidak menyertai kejohanan berkenaan beliau akan menumpukan kepada persiapan Sukan SEA Thailand tahun depan.

Terdahulu, atlet berusia 22 tahun itu melakar sejarah apabila merangkul pingat sulung negara di Kejohanan Gimnastik Artistik Lelaki Asia 2024 di Tashkent, Uzbekistan pada Ahad.

Muhammad Sharul Aimy berjaya menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang jaguh dari Filipina Carlos Yulo (14.883 mata) dan atlet tuan rumah Abdulaziz Mirvaliev (14.783 mata) yang masing-masing mengutip pingat emas dan perak

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan