SUKAN > BERITA

SUKAN OLIMPIK: HOE YEAN, ROUXIN PEROLEH TIKET WILD CARD KE PARIS

26/06/2024 03:26 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaru negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024 setelah meraih tiket wild card daripada badan induk sukan itu Akuatik Dunia.

Perkembangan tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Nama ini sudah diberikan kepada Majlis Olimpik Malaysia. Hoe Yean akan beraksi dalam acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki manakala Tan Rouxin 100m kuak dada wanita,” katanya.

Sebelum ini, 22 atlet negara telah mengesahkan penyertaan ke Olimpik termasuk penerjun Bertrand Rhodict Lises yang muncul atlet pertama negara layak ke Paris.

Dalam perkembangan lain, dua penerjun negara, Ooi Tze Liang dan Nur Dhabitah Sabri masih berpeluang untuk beraksi pada temasya itu dengan menggunakan lebihan kuota yang tidak digunakan atlet negara lain.

Pengarah teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas berkata keputusan berkenaan kuota kosong itu hanya akan diketahui pada 8 Julai ini.

Sukan Olimpik 2024 dijadualkan berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos ini.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan