SUKAN > BERITA

NS TAMBAH RM1,000 INSENSITIF ATLET PARA SUKMA PEROLEH KEDUDUKAN TIGA TERBAIK

12/09/2024 08:03 PM

SEREMBAN, 12 Sept (Bernama) -- Atlet para Negeri Sembilan yang memenangi pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke -21 Sarawak 2024 akan menerima tambahan insentif RM1,000 sekiranya kontinjen negeri mencapai kedudukan ketiga keseluruhan kutipan pingat di kejohanan tersebut.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata insentif tambahan itu merupakan pembakar semangat kepada atlet untuk memperoleh keputusan cemerlang pada temasya bermula 22 hingga 28 Sept ini.

“Tambahan RM1,000  itu menjadikan jumlah insentif RM6,000 (emas), RM4,000 (perak) dan RM3,000 (gangsa) sekiranya kita menduduki tangga ketiga keseluruhan kutipan pingat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Para SUKMA negeri di Klana Resort di sini hari ini.

Pada edisi 2022, Negeri sembilan menduduki tangga ketujuh keseluruhan dengan pungutan 14 pingat emas.

Aminuddin berkata pihaknya yakin kontinjen negeri ini mampu melepasi sasaran lebih 14 pingat emas berdasarkan prestasi semasa atlet pada penyertaan di sirkit kebangsaan tahun ini.

Seramai 75 atlet para SUKMA negeri akan mengambil bahagian bagi kesemua 10 sukan yang dipertandingkan iaitu acara ping pong, memanah, bolling padang, tenpin boling, renang, olahraga, catur, powerlifting, badminton dan boccia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan