SUKAN > BERITA

PEARLY-THINAAH TEMPAH SLOT AKHIR TERBUKA HONG KONG

14/09/2024 09:03 PM

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah dipaksa bermandi peluh selama lebih satu jam sebelum mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong 2024 berlangsung di Hong Kong Coliseum, Kowloon, hari ini.

Pada aksi separuh akhir, gandingan kelapan dunia itu menang set pertama 22-20, bagaimanapun tidak mengekalkan momentum kemenangan apabila tewas set kedua kepada pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee yang juga pasangan kedua dunia 17-21.

Tersentak dari kekalahan itu, Pearly-Thinaah bangkit dari ketinggalan menyamakan kedudukan 10-10, sebelum terus konsisten sehingga mata kemenangan 21-15.

Ini merupakan kemenangan ketiga pasangan negara ke atas beregu Korea Selatan.

Pearly-Thinaah akan membuat perhitungan juara Terbuka Hong Kong esok, berdepan sama ada pilihan kedua Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China atau Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan, dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sementara itu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terlepas ke final selepas tewas kepada pasangan China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Meskipun berjaya menewaskan pasangan nombor dua dunia itu pada pertemuan mereka sebelum ini di peringkat kumpulan pada Sukan Olimpik Paris 2024, Tang Jie-Ee Wei kalah dengan keputusan 14-21, 21-23 selepas pertarungan selama 56 minit hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan