WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI ORANG ASLI MAUT DIPIJAK GAJAH DI GERIK

24/06/2024 04:08 PM

IPOH, 24 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki Orang Asli maut selepas dipercayai dipijak seekor gajah di kawasan kebun getah Kampung Lerlar Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, Gerik, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 65 tahun ke kebun getah berkenaan untuk mencari kayu kira-kira 3.15 petang.

Beliau berkata anak perempuan mangsa berusia 44 tahun yang berada di rumah kebun berhampiran tempat kejadian kemudian terdengar bunyi teriakan bapanya serta bunyi suara gajah.

"Selepas reda, anak perempuan mangsa bersama abang iparnya pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata pada masa itu, anak mangsa terlihat kelibat seekor gajah di kawasan tersebut dan mangsa dipercayai telah terserempak dan dipijak gajah berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan