WILAYAH - TIMUR > BERITA

LELAKI DIKEHENDAKI POLIS DITAHAN SELEPAS BUAT LAPORAN KES JENAYAH

24/06/2024 06:33 PM

KOTA BHARU, 24 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkait kes penipuan 'love scam' ditahan selepas hadir ke Balai Polis Pengkalan Chepa di sini untuk membuat laporan berhubung kes jenayah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan selepas polis melakukan semakan nombor kad pengenalannya yang didapati memiliki tiga rekod lampau.

Beliau berkata kesalahan itu melibatkan kes penipuan dan mencuri kenderaan yang dilaporkan di Kuantan, Pahang.

"Suspek ialah orang yang amat dikehendaki berkait kes love scam di laman Facebook pada 2018 yang melibatkan kerugian berjumlah RM16,650," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lelaki terbabit akan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan