WILAYAH - SELATAN > BERITA

AIFA-AIRA JUARA BEREGU WANITA ASIA 2024

07/07/2024 06:59 PM

JOHOR BAHRU, 7 Julai (Bernama) -- Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar Juara beregu wanita selepas menewaskan pasangan senegara Nor Ainaa Amani  Ampandi, Chan Yiwen pada aksi final Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024 di Arena Emas, Skudai, di sini hari ini.

Diletakkan sebagai pilihan pertama, Aifa-Aira yang julung kali digandingkan tidak berdepan masalah apabila memperagakan corak permainan bertenaga pada aksi final untuk menewaskan rakan sepasukan itu 11-6, 11-7.

Aira berkata dia berpuas hati dengan kejayaan tersebut meskipun mengalami  kecederaan buku lali yang dialami ketika aksi separuh akhir semalam.

“Sebagai pilihan utama, kami akui merasai tekanan untuk memberikan yang terbaik, namun segalanya 'menjadi' mengikut perancangan hingga berjaya memenangi acara ini.

"Ia bukanlah kejayaan yang mudah dicapai kerana berdepan masalah kecergasan setelah mengharungi 11 perlawanan dalam masa empat hari ini," katanya.

Senada itu, Aifa menzahirkan rasa syukur dan berbangga dengan kejayaan meskipun  prestasi ketika menjalani latihan tidak begitu memberangsangkan.

"Kami ada jalani latihan bersama Ainaa dan Yiwen tetapi prestasi kami tidak begitu memberangsangkan.

Senada itu, Aifa menzahirkan rasa syukur dan berbangga dengan kejayaan meskipun  prestasi ketika menjalani latihan tidak begitu memberangsangkan.

" Syukur dengan permainan kali ini dan saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada adik saya yang banyak bermain dan 'she put a lot of effort' untuk memastikan kemenangan di peringkat akhir.

"Kami ada jalani latihan bersama Ainaa dan Yiwen tetapi prestasi kami tidak begitu memberangsangkan.

"Pada perlawanan tadi, kami berjaya membuktikan keserasian beraksi bersama dan Aira banyak membantu mengutip mata hingga menjuarai acara beregu wanita.

“Saya harap kemenangan ini memberikan suntikan semangat bagi mengharungi beberapa lagi kejohanan penting tahun ini," katanya.

Sementara itu,  beregu lelaki negara Ong Sai Hung-Mohd Syafiq Kamal, terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas tewas kepada beregu India, Abhay Singh dan Belavan Senthilkumar dengan 4-11, 5-11.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan