WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KANAK-KANAK EMPAT TAHUN HANYUT DITEMUKAN MAUT

21/09/2024 11:53 AM

TAWAU, 21 Sept (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dilaporkan hanyut ketika menyeberang sungai bersama bapanya di Kampung Ranggu, Batu 8 di sini semalam ditemukan maut pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata mayat kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Putri Jimar dijumpai orang ramai tersangkut pada dahan kayu di sungai itu pada 8 pagi tadi kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut.

"Semalam BBP Tawau menerima panggilan kecemasan pada 6.06 petang mengenai seorang kanak-kanak perempuan hanyut ketika cuba menyeberangi sungai bersama bapanya. 

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa pada hari ini bermula pada 6.58 pagi menggunakan kaedah pencarian 'surface rescue' bersama agensi penyelamat lain dan orang ramai di sekitar lokasi kejadian sebelum mayat ditemukan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jemishin berkata operasi berkenaan tamat pada 8.30 pagi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan