WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KELANTAN ISYTIHAR GISBH SESAT JIKA AJARAN MENYAMAI AL-ARQAM - MUFTI

21/09/2024 07:45 PM

KOTA BHARU, 21 Sept (Bernama) -- Kelantan hanya akan mengisytiharkan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebagai sesat sekiranya ia menyamai organisasi al-Arqam yang difatwakan haram sebelum ini.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata perkara itu memerlukan siasatan lanjut dan bukti sahih sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Beliau berkata pihaknya juga akan membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini.

"Saya akan membincangkan isu ini di jawatankuasa muzakarah jika ada perkara-perkara berbangkit atau ciri-ciri baharu dalam GISBH, maka barulah satu fatwa baharu akan dikeluarkan," katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia juga adalah kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan