WILAYAH - SARAWAK > BERITA

1,174 KELUARGA ORANG ASLI TERIMA BAKUL MAKANAN YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR

22/09/2024 10:16 PM

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Sejumlah 1,174 keluarga masyarakat Orang Asli dari daerah Muar, Tangkak dan Segamat di Johor menerima bantuan bakul makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu adalah antara aktiviti kemasyarakatan YSIJ bagi membantu golongan memerlukan di pelbagai daerah di negeri berkenaan.

Bantuan itu disalurkan kepada 764 keluarga di daerah Segamat dalam majlis yang berlangsung di Kampung Orang Asli, Kampung Kudung, Bekok di sini hari ini.

Sumbangan bakul makanan untuk masyarakat Orang Asli di daerah Muar dan Tangkak pula disampaikan pada 19 Sept lepas dalam majlis yang berlangsung di Balai Raya Kampung Orang Asli Air Tawas, Tangkak.

Sumbangan itu membabitkan 410 bakul makanan kepada 180 keluarga dari Tangkak dan 230 keluarga dari Muar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan