AM > BERITA

JUALAN GUDANG AEON BIG YANG PERTAMA, 28-30 JUN

21/06/2024 10:44 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG), salah satu daripada rangkaian pasar raya besar utama di Malaysia, akan melancarkan jualan gudang pertamanya dari 28 hingga 30 Jun di Sinotrans Logistics, Mapletree, Shah Alam.

AEON BiG dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ‘Jualan Gudang BiG’ selama tiga hari itu akan menawarkan harga khas untuk produk terlarisnya seperti Sharp, LG, Samsung dan banyak lagi.

Kenyataan itu memaklumkan pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 90 peratus untuk pelbagai produk termasuk barangan runcit, elektronik, peralatan rumah, pakaian dan banyak lagi.

Pengarah Urusan AEON BiG Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata acara jualan itu merupakan peluang terbaik untuk pembeli menikmati penjimatan yang besar untuk pelbagai jenis produk.

“Di AEON BiG, kami komited untuk menyediakan nilai terbaik dan pengalaman membeli-belah untuk pelanggan kami. Kami menjemput semua orang untuk menyertai kami di Sinotrans Logistics, Mapletree Shah Alam, untuk tawaran luar biasa dan keseronokan keluarga selama tiga hari,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar dan Ketua Jabatan Barang Dagangan AEON BiG Soo Huey Jiuan berkata stok pada jualan gudang adalah sangat terhad dan tersedia berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.

“Saya menggesa anda untuk datang lebih awal dan dapatkan tawaran hebat terdiri daripada peralatan elektrik, pakaian hingga ke peralatan rumah. Ia tentunya satu pengalaman membeli-belah sehenti di bawah satu bumbung mengikut keselesaan anda,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web BiG Warehouse (https://aeonbig.com.my/big-warehouse-sale/) dan platform media sosial AEON BiG.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan