AM > BERITA

LEBIH RM140 JUTA UNTUK SABAH DI BAWAH PROGRAM BEKALAN AIR LUAR BANDAR - TPM

22/06/2024 11:19 PM

KOTA KINABALU, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan memperuntuk RM140.86 juta tahun ini untuk pelaksanaan projek di bawah program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata daripada jumlah itu sebanyak RM2.4 juta diperuntuk kepada Parlimen Sepanggar dan KKDW sentiasa komited serta bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam melaksanakan program tersebut.

“Walaupun kita baiki saluran tetapi bekalan tidak cukup, mustahil pengguna akan perolehinya maka kerjasama itu kita selaraskan… kerajaan negeri juga telah diberi peruntukan (oleh) Kerajaan Persekutuan untuk baiki dan tukar saluran paip itu, saya fikir koordinasi ini boleh dilakukan dengan baik,” kata Presiden UMNO itu pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Bahagian Sepanggar parti berkenaan hari ini.

Mengenai penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Desa MADANI (JKDM) di Sabah, Ahmad Zahid berkata ia bertujuan sebagai pelengkap kepada jawatankuasa sedia ada seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

“Kita tidak berniat pun untuk bersaing atau mencari jalan berbeda, kita mahu memperkukuh akar umbi agar rakyat yang terpinggir dapat kita santuni.

"Kita tubuhkan JKDM untuk memperkukuh kekuatan dukungan rakyat di sesebuah kampung,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan