AM > BERITA

BRENNDON KEITH SOH DILANTIK SEBAGAI PEGUAM BESAR NEGERI SABAH

02/07/2024 06:45 PM

KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Brenndon Keith Soh sebagai Peguam Besar Negeri Sabah menggantikan Datuk Nor Asiah Yusof.

Hajiji berkata pelantikan Brenndon berkuat kuasa serta-merta dan adalah bagi tempoh tiga tahun.

“Nor Asiah akan menyandang jawatan Brenndon sebelum ini sebagai Penasihat Undang-Undang kepada Ketua Menteri,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, Brenndon pernah memegang jawatan sebagai Peguam Besar Negeri Sabah dari Julai hingga November 2020.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan