AM > BERITA

HRPZ II Minta Bantuan Kesan Waris Pesakit Warga Emas

18/09/2024 06:28 PM

KOTA BHARU, 18 Sept (Bernama) -- Pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) meminta bantuan orang ramai mengesan waris kepada seorang pesakit lelaki berumur lingkungan 70-an yang kini sedang menerima rawatan di Wad 28 hospital berkenaan.

Unit Komunikasi Korporat HRPZ II dalam kenyataan hari ini memaklumkan warga emas itu dikenali sebagai Lam Kim Hock dijumpai di sebuah pusat beli-belah di sini dan dimasukkan ke hospital pada 14 Ogos lepas.

"Pihak HRPZ II bersama Jabatan Pendaftaran Negara telah berusaha mengesan waris warga emas itu dalam sistem tetapi tiada rekod ditemukan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak HRPZ II memohon waris atau orang ramai yang mengenali pesakit tersebut tampil memberikan maklumat dengan hadir ke Wad 28 HRPZ II atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat HRPZ II di talian 09-7452000.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan