SUKAN > BERITA

ATBC: MALAYSIA RAIH DUA EMAS DI BANGKOK

19/09/2024 09:45 PM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pasukan Malaysia cemerlang hari ini dengan meraih dua pingat emas selepas menjuarai kedua-dua acara beregu wanita dan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) ke-27 di Bangkok, Thailand hari ini.

Dalam acara wanita, Sin Li Jane dan Natasha Roslan meraih pingat emas dengan 2,614 jumlah jatuhan pin menewaskan gandingan Korea Selatan Baek Seung Na dan Jung Da Wun yang meraih perak dengan 2,510 jatuhan pin.

Malaysia turut memperoleh pingat gangsa menerusi Nora Lyana Nastasia dan Nur Syazwani Sahar yang menjatuhkan 2,450 pin.

Dalam acara beregu lelaki, Tun Hakim Tun Hasnul Azam dan pemain boling remaja Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh menghadiahkan satu lagi emas buat Malaysia dengan 2,647 jumlah jatuhan pin menewaskan pasangan Korea Selatan Park Dong Hyuk dan Bae Jung Hun yang hanya menjatuhkan 2,615 pin untuk meraih perak.

Korea Selatan juga meraih pingat gangsa menerusi Lee Ik Kyu dan Hwang Dong Wook yang menjatuhkan 2,596 pin.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan