SUKAN > BERITA

TERBUKA CHINA: TANG JIE-EE WEI HANYA PERLU 26 MINIT UNTUK MARA KE PUSINGAN KEDUA

18/09/2024 06:05 PM

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hanya mengambil masa 26 minit untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka China selepas mnyingkirkan cabaran pasangan India di Changzhou, China, hari ini.

Pada aksi pusingan pertama di Gimnasium Xincheng, gandingan kesembilan dunia itu mudah menewaskan K.Sathish KumarAadya Variyath dengan keputusan straight set 21-14, 21-11.

Menanti Tang Jie-Ee Wei di pusingan kedua esok adalah  pasangan Indonesia Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja yang mara apabila wakil Hong Kong Lee Chun Hei Reginald-Ng Tsz Yau menarik diri pada set kedua selepas tewas pada set pertama.

Turut mengikut jejak langkah juara Terbuka Korea itu ialah beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selepas bangkit menewaskan wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 13-21, 21-16, 21-15.

Menanti gandingan negara di pusingan kedua ialah pemenang antara Taiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dan wakil Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan