SUKAN > BERITA

ACL II : SELANGOR FC KONGSI MATA, SERI 1-1 DENGAN MUANGTHONG UNITED

19/09/2024 08:41 PM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pasukan Selangor FC memulakan kempen kejohanan sulung Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) dengan seri 1-1 menentang wakil Thailand, Muangthong United FC dalam saingan kumpulan H hari ini.

Turun bertandang ke tempat lawan di Stadium Rajamangala di Bangkok, nyata tidak sedikit pun menggusarkan Selangor yang dibarisi kesebelasan terkuat dijanjikan pengendali skuad Mohd Nidzam Jamil dalam misi melangkah jauh pada saingan peringkat Asia itu.

Selangor bertahan dengan cukup baik pada babak pertama sehingga membuatkan jentera serangan Muangthong United buntu mencari jalan merobek gawang dikawal Azim Al-Amin.

Dua minit selepas babak kedua bermula, Ronnie Fernández menghasilkan jaringan buat Gergasi Merah. 

Tekanan hebat selepas gol Fernandez mencetus kebangkitan Muangthong United untuk menyamakan kedudukan menerusi Purachet Thodsanit pada minit ke-54.

Selangor akan meneruskan kempen kejohanan menentang wakil Filipina, Cebu FC bagi saingan kedua peringkat kumpulan pada 3 Okt ini.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan