AM > BERITA

ABIM Menyokong Resolusi PBB Menentang Penjajahan Israel Di Palestin

22/09/2024 11:11 AM

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Gerakan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong resolusi yang baru diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk penempatan haram Israel di Palestin.

Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata langkah penting ini menegaskan komitmen masyarakat antarabangsa terhadap keadilan dan hak penentuan nasib sendiri bagi rakyat Palestin.

“Namun, tindakan terkini Israel, termasuk serangan 'pager phone' yang meragut sembilan nyawa, termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, dan mencederakan hampir 3,000 orang, jelas menunjukkan perilaku seperti pengganas.

“Serangan pengganas ini, berserta dengan genosid berterusan di Gaza, menunjukkan bahawa Israel tidak berminat untuk mengadakan gencatan senjata atau mencapai keamanan di rantau ini. Pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap orang awam mencerminkan pengabaian yang nyata terhadap nyawa manusia dan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fahmi menegaskan bahawa adalah tidak dapat diterima bagi Israel, yang digambarkan sebagai "negara pengganas," untuk meneruskan tindakannya tanpa dikenakan sebarang tindakan, seolah-olah ia berada di atas undang-undang.

“Masyarakat antarabangsa mesti mengambil langkah signifikan untuk memastikan Israel bertanggungjawab atas pelanggaran yang berterusan,” katanya, menambah bahawa ABIM berpegang teguh kepada prinsip bahawa keadilan dan pertanggungjawaban adalah penting untuk mencapai keamanan yang berkekalan di rantau ini.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan