DUNIA > BERITA

JUMLAH PELANCONG KE PADANG RUMPUT NALATI DI XINJIANG PECAH REKOD

19/06/2024 03:10 PM

BEIJING, 19 Jun (Bernama-CMG) -- Jumlah pelancong ke padang rumput Nalati di wilayah Xinjiang, China memperbaharui rekod berikutan lebih 40,000 orang berkunjung ke destinasi pelancongan itu pada 17 Jun lalu.

Menurut pihak pengurusan tempatan, ramai pelancong berduyun-duyun ke padang rumput Nalati tahun ini hingga puncak musim pelancongan datang lebih awal berbanding dahulu.

Seramai 106,700 pelancong mengunjungi padang rumput itu sempena cuti Hari Raya Aidiladha iaitu pada 15 hingga 17 Jun lalu, dan angka tersebut meningkat 57.18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Terletak di timur Lembah Yili, padang rumput Nalati merupakan satu daripada empat padang rumput terbesar di dunia, mempunyai pemandangan alam semula jadi yang indah.

Selain itu, keistimewaan adat resam etnik Kazak yang menghuni kawasan Nalati juga menambah tarikan kepada padang rumput berkenaan.

Dari awal tahun ini hingga sekarang, padang rumput Nalati telah menerima kunjungan 1.01 juta pelancong, menokok 89.23 peratus dari tahun ke tahun.

Ia membawa keuntungan sebanyak RMB598.65 juta (RM388.44 juta) kepada sektor pelancongan tempatan, naik 49.46 peratus. 

-- BERNAMA-CMG 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan