DUNIA > BERITA

IMPORT EKSPORT SHANGHAI DAN NEGARA BRI PECAH REKOD

21/06/2024 02:41 PM

SHANGHAI, 21 Jun (Bernama-CMG) -- Jumlah import dan eksport bandar raya Shanghai dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencapai RMB616.49 bilion (RM399.14 bilion) dalam lima bulan pertama tahun ini, menokok 2.1 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas, menurut statistik jabatan kastam Shanghai pada Khamis.

Jumlah perdagangan luar metropolitan di timur China itu sekali gus mencecah rekod tertinggi bagi tempoh yang sama dalam sejarah.

Pada masa yang sama, perdagangan luar Shanghai dengan negara-negara BRICS yang lain berjumlah RMB167.62 bilion, naik 13 peratus, sekali gus mengekalkan pertumbuhan dua angka.

Dalam tempoh yang sama, import dan eksport Shanghai ke Kesatuan Eropah (EU), ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing berjumlah RMB319.52 bilion, RMB229.72 bilion dan RMB190.42 bilion, menyumbang 42.3 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan luar bandar ini.

Mengikut statistik kastam Shanghai, jumlah import dan eksport Shanghai dalam lima bulan pertama tahun ini mencatat angka RMB1.75 trilion (RM1.13 trilion), menokok 0.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan