DUNIA > BERITA

BEKAS PENYERANG ITALI ROBERTO BAGGIO CEDERA DIROMPAK

21/06/2024 07:15 PM

VICENZA (Itali), 21 Jun (Bernama-ANSA) -- Legenda Itali, Roberto Baggio cedera selepas diserang penjenayah dalam insiden rompakan di rumahnya di kawasan luar bandar berhampiran Vicenza pada Khamis.

Ketika kejadian, pemenang Ballon d'Or 1993 itu sedang menonton perlawanan Euro 2024 antara Itali dan Sepanyol bersama keluarganya, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).

Seorang daripada lima individu bersenjata dilaporkan memukul Baggio di kepala dengan senjata api selepas dia cuba menghalang rompakan itu.

Penjenayah kemudian mengunci bekas penyerang Itali itu dan keluarganya dalam sebuah bilik sebelum meneruskan rompakan.

Pemain berusia 57 tahun itu berjaya memecahkan pintu apabila kumpulan perompak meninggalkan rumahnya dan menghubungi polis Carabinieri.

-- BERNAMA-ANSA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan