DUNIA > BERITA

EURO 2024: JERMAN SERI DENGAN SWITZERLAND, JUARA KUMPULAN A

24/06/2024 03:00 PM

BERLIN, 24 Jun (Bernama-Xinhua) -- Hasil jaringan Niclas Fullkrug memastikan tuan rumah Jerman seri 1-1 menentang Switzerland pada Ahad, sekali gus muncul juara Kumpulan A Euro 2024.

Jerman, yang sudah layak selepas dua kemenangan terdahulu hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan.

Kai Havertz hampir membuka jaringan awal untuk Jerman, namun penjaga gol Switzerland, Yann Sommer berjaya menyelamatkan gawang. Gol Robert Andrich pada minit ke-17 dibatalkan kerana kekasaran.

Pada minit ke-84, gol Ruben Vargas untuk Switzerland dibatalkan kerana ofsaid, manakala percubaan Granit Xhaka diselamatkan oleh Manuel Neuer.

Fullkrug akhirnya menyamakan kedudukan pada minit akhir hasil hantaran silang David Raum, memastikan Jerman menjuarai Kumpulan A.

Dalam perlawanan lain, Hungary menewaskan Scotland 1-0 menerusi Kevin Csoboth, sekali gus menyingkirkan Scotland dari kejohanan.

Jerman menamatkan peringkat kumpulan dengan tujuh mata, diikuti Switzerland (lima), Hungary (tiga) dan Scotland (satu).

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan