DUNIA > BERITA

ISTERI PRESIDEN CHINA, POLAND KUNJUNGI NCPA

25/06/2024 03:16 PM

BEIJING, 25 Jun (Bernama-CMG) -- Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan dan isteri Presiden Poland Andrzej Duda, Agata Kornhauser-Duda mengunjungi Pusat Seni Persembahan Nasional (NCPA) di sini, pada Isnin.

Selain melihat fasiliti NCPA, Peng dan Agata juga meluangkan masa melawat satu pameran seni mengenai warisan budaya tidak ketara Beijing.

Peng berkata China dan Poland mempunyai sejarah yang panjang dan tradisi budaya yang utuh, menyaksikan pertukaran sesama rakyat semakin rancak pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Beliau yakin persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dan Poland akan bertambah kukuh seiring pertukaran budaya dua negara yang terus diperkaya.

Agata ditemani Peng menikmati persembahan menarik antaranya muzik rakyat China, Opera Peking serta pertunjukan piano dan korus.

Agata memuji persembahan dihidangkan para artis sambil berkata budaya tradisional China yang berwarna-warni meninggalkan kesan mendalam kepada beliau.

Beliau berharap kedua-dua pihak dapat terus memperkasakan pertukaran dan kerjasama, di samping memperkukuh jalinan persahabatan sesama rakyat.

--BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan