DUNIA > BERITA

ARAB SAUDI SEDIAKAN HAMPIR 1.5 JUTA PERKHIDMATAN AGAMA KEPADA LEBIH 2 JUTA JEMAAH HAJI, PELAWAT

26/06/2024 07:24 PM

RIYADH, 26 Jun (Bernama-SPA) -- Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menyediakan 1,485,000 perkhidmatan keagamaan sepanjang musim haji tahun ini bermula dari awal bulan Islam Zulkaedah 1445H, memberi manfaat kepada lebih 2 juta jemaah haji, umrah dan pelawat.

Perkhidmatan itu termasuk memberi arahan dan bimbingan kepada jemaah di pelbagai lokasi di Makkah dan Madinah, kawasan pusat dan Tanah Suci dalam pelbagai bahasa antarabangsa, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Lebih 600 pendakwah dan penterjemah lelaki dan wanita mengambil bahagian menggunakan teknologi dan peranti terkini untuk mendidik dan membimbing jemaah, menjawab pertanyaan mereka dan mempromosikan nilai kesederhanaan serta memberi amaran terhadap ekstremisme.

Menterinya, Sheikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al Alsheikh mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para pendakwah yang terlibat dalam kerja kementerian semasa musim haji 1445H atas sumbangan besar mereka dalam menjawab pertanyaan jemaah di Masjid Al-Taneem dan Masjid al-Ji'rranah, masjid-masjid di kawasan pusat Makkah dan kem kempen jemaah di Tanah Suci Mina.

Beliau berkata pendakwah juga turut mengambil bahagian menjawab pertanyaan pemanggil pada nombor respons automatik bebas tol 8002451000, memberi manfaat kepada lebih 1,325,000 jemaah.

Sekumpulan pendakwah elit dari kementerian telah dipilih untuk misi itu yang mempunyai pengetahuan penuh tentang ibadah haji dan umrah mengikut al-Quran dan Sunnah, dengan ketersediaan penterjemah dalam pelbagai bahasa antarabangsa, lapor SPA.

-- BERNAMA-SPA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan