DUNIA > BERITA

PAMERAN KHAS “DIALOG TAMADUN” ANJURAN CMG DILANCARKAN DI IBU PEJABAT PBB

03/07/2024 03:05 PM

NEW YORK 3 Julai (Bernama-CMG) -- Pameran Khas “Dialog Tamadun” anjuran Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini, pada 1 Julai.

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan bertulis menyatakan bahawa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) sesi ke-78 telah meluluskan satu draf resolusi yang diusulkan China untuk menetapkan 10 Jun sebagai Hari Antarabangsa untuk Dialog Tamadun.

Perkara itu menunjukkan sepenuhnya bahawa Inisiatif Tamadun Global yang diajukan oleh Presiden China Xi Jinping telah menjana impak sosial yang meluas di persada dunia.

Beliau berkata CMG komited untuk menjadi perakam, pendorong dan pengamal dialog tamadun.

Menurut beliau, sebagai badan media yang mempunyai projek penyiaran yang terbanyak melalui pembidaan antarabangsa, CMG akan menyajikan siaran program yang menarik dalam senario global tentang Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung di Paris tidak lama lagi, sekali gus membantu rakyat di seluruh dunia saling mengenali hati budi masing-masing demi peningkatan persefahaman antara tamadun yang berlainan.

Sementara itu, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric dalam ucapannya merakamkan terima kasih kepada CMG yang meluangkan masa menganjurkan aktiviti “Dialog Tamadun” di ibu pejabat PBB.

Beliau turut menekankan bahawa badan media memainkan peranan penting semasa berlangsungnya dialog antara tamadun yang berbeza, dan juga merupakan penggiat dalam usaha meningkatkan kebersamaan dan memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat antara pelbagai negara.

Selain Pameran Khas "Dialog Tamadun" yang turut diadakan pada hari itu juga merangkumi "Konsert Dialog Rentas Tamadun", "Pertunjukan Fesyen Unik" yang mempamerkan kepelbagaian tamadun dunia dan "Pameran Kesenian Antarabangsa".

Turut hadir, Naib Setiausaha Agung PBB, Xu Haoliang, wakil tetap China ke PBB, Fu Cong, perwakilan diplomat dan selebriti dari Armenia, Britain, Perancis, Switzerland, Hungary, Bolivia, Jamaica dan Peru.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan