DUNIA > BERITA

SUKAN OLIMPIK: DUTA UCAP SELAMAT MAJU JAYA KEPADA PEMAIN BADMINTON JEPUN, MALAYSIA

05/07/2024 02:58 PM

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Sempena Hari Badminton Sedunia hari ini, Duta Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemain badminton Jepun dan Malaysia yang sedang bersiap sedia untuk Sukan Olimpik Paris 2024 akan datang.

Takahashi menyampaikan ucapan itu menerusi video berdurasi 1.47 minit yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi kedutaan dengan duta itu dirakam bermain badminton bersama rakan-rakan kedutaan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemain badminton Malaysia dan Jepun bagi Sukan Olimpik di Paris yang akan datang.

“Semoga semua orang kekal sihat sepanjang kejohanan," kata diplomat itu, sambil menekankan populariti sukan itu di kedua-dua negara.

Hari Badminton Sedunia yang disambut pada 5 Julai, meraikan impak global sukan berkenaan serta semangat persahabatan yang terjalin antara negara-negara.

Sukan Olimpik akan bermula dengan upacara pembukaan pada 26 Julai dan temasya itu akan  berlangsung sehingga 11 Ogos.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan