DUNIA > BERITA

SUSPEK CUBAAN BUNUH KEDUA TRUMP DIDAKWA ATAS KESALAHAN SENJATA API

17/09/2024 11:46 AM

WASHINGTON, 17 Sept (Bernama-UPI) -- Pihak berkuasa pada Isnin mendakwa seorang suspek berusia 58 tahun yang disyaki merancang membunuh bekas Presiden Donald Trump dengan dua pertuduhan berkaitan senjata api di Florida, lapor United Press International (UPI).

Ryan Wesley Routh membuat penampilan pertamanya di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di hadapan Majistret Ryon McCabe, dan beliau didakwa atas pertuduhan memiliki senjata api oleh individu yang dilarang dan pertuduhan memiliki senjata api dengan nombor siri yang dipadam.

Routh diwakili oleh peguam dijadual hadir semula untuk perbicaraan pada 23 Sept.

Lelaki itu ditangkap oleh Perkhidmatan Rahsia AS pada Ahad selepas ejen-ejen melepaskan tembakan terhadap seorang suspek di padang golf Trump di West Palm Beach, Florida.

Ketika kejadian, Calon presiden Parti Republikan itu sedang bermain golf.

Seorang ejen mengesan selaras senapang dengan skop (alat pembidik) dalam semak sebelum melepaskan tembakan. Pihak berkuasa menemukan senapang, dua beg galas dan sebuah kamera GoPro di lokasi kejadian.

Routh ditahan oleh Pejabat Syerif Daerah Martin selepas kenderaannya dikesan kira-kira 50 batu dari tempat kejadian.

Pejabat syerif berkongsi rakaman video kamera badan berhubung penangkapan itu pada petang Isnin.

Sementara itu, Trump merancang untuk kembali berkempen pada Isnin dengan menghadiri sebuah majlis di Michigan.

-- BERNAMA-UPI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan