DUNIA > BERITA

TIADA LAPORAN RAKYAT MALAYSIA TERJEJAS GEMPA BUMI DI BANDUNG, KATA WISMA PUTRA

19/09/2024 12:01 PM

PUTRAJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu (18 Sept), menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, kementerian itu yang dikenali sebagai Wisma Putra, berkata bahawa ia sedang memantau dengan teliti kesan gempa bumi itu melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka, amat digalakkan untuk berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my," menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di Jl. H.R. Rasuna Said Kav.x/6, No. 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan 12950, Indonesia, nombor telefon: +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036 (Untuk Kecemasan Selepas Waktu Pejabat) atau e-mel mwjakarta@kln.gov.my.

"Malaysia turut berdukacita dan bersimpati terhadap mangsa dan keluarga yang terkesan akibat bencana alam ini,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan