EKONOMI > BERITA

DAGANGAN SAHAM UNIT PROLINTAS DISAMBUNG DI TENGAH-TENGAH SIASATAN SPRM

26/06/2024 11:11 AM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Dagangan saham PROLINTAS Infra Business Trust (PROLINTAS Infra BT) telah digantung pada 9 pagi hari ini sepertimana diumumkan dalam makluman Bursa Malaysia.

Syarikat itu bagaimanapun menyatakan bahawa dagangan unit berkaitan PROLINTAS atau Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, disambung semula pada 10 pagi ini. 

Malah, setakat 9.40 pagi ini, saham-saham syarikat konsesi lebuh raya itu kekal stabil pada 91 sen seunit.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, PROLINTAS mengakui bahawa warga kerjanya direman oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan membabitkan kes pembinaan.

“Kami komited dan bekerjasama erat dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan.

“PROLINTAS juga kekal komited dalam mengekalkan integriti dan tadbir urus korporat pada tahap tertinggi,” katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan