EKONOMI > BERITA

TINGKATKAN RANTAIAN NILAI LETAK MALAYSIA DI BARISAN UTAMA INDUSTRI SEMIKONDUKTOR

26/06/2024 04:23 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Usaha meningkatkan pengeluaran dalam rantaian nilai akan meletakkan Malaysia di barisan utama industri semikonduktor, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata langkah itu memberi peluang kepada Malaysia untuk melakukan peranan penting dalam rantaian bekalan global, terutama ketika keadaan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China memandangkan syarikat menyusun semula rantaian bekalan masing-masing.

“Industri semikonduktor amat mempengaruhi rantaian bekalan global. Kita telah meneliti penjajaran semula dan penentuan semula rantaian bekalan.

“Memandangkan syarikat berusaha menjadi lebih berdaya saing dan menjamin saluran bekalan mereka, industri semikonduktor bersedia untuk mencatatkan pertumbuhan berterusan,” katanya pada Siri Fokus Stratum Bursa Malaysia-Hong Leong Investment Bank XVII ‘SEMIKON: Light at the end of the tunnel?’ di sini, pada Rabu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan