WANITA LEMAS TERJATUH DALAM LUBANG SALURAN AIR

17/09/2024 06:33 PM

BUKIT MERTAJAM, 17 Sept (Bernama) -- Seorang wanita lemas selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air ketika mendaki bukit di sebuah taman rekreasi di Jalan Cherok Tok Kun di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azmi Zakaria berkata Oh Ai Chin, 50, dari Simpang Ampat, Nibong Tebal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.59 tengah hari memaklumkan seorang wanita terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam 1.82 meter.

"Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari dalam lubang itu dan berjaya membawa keluar sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat Oh diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan