KANAK-KANAK OKU HILANG DITEMUKAN LEMAS

19/09/2024 02:01 PM

JERTIH, 19 Sept (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang petang semalam, ditemukan maut dipercayai lemas di sebuah parit tali air di Taman Usrah dekat Kampung Renek di sini kira-kira 9.02 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kehilangan mangsa, Ibrahim Adham Muhammad, 6, dari Kampung Kepala Gajah, Renek disedari bapanya, Muhammad Rajab, 36, kira-kira pukul 6.30 petang.

"Mangsa hilang secara tiba-tiba ketika ahli keluarga difahamkan sedang mengadakan sambutan hari jadi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setelah gagal menjumpai mangsa di sekitar kawasan kampung, bapa mangsa kemudian membuat laporan kehilangan kanak-kanak itu di Balai Polis Kampung Raja.

Abdul Rozak berkata usaha mencari mangsa diteruskan sebelum ditemukan penduduk kampung yang turut melakukan pencarian di dalam parit kira-kira 20 meter di belakang rumah datuk mangsa.

"Seorang daripada penduduk berkenaan ternampak kaki mangsa di permukaan air sebelum mengangkatnya ke tepi parit, mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam parit terbabit sebelum lemas," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan