AM

PM LUANG MASA ZIARAH SAHABAT LAMA IAITU PENGASAS YAYASAN ANDA

21/06/2024 08:13 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi sahabat lamanya Mohd Zaki Abdul Rahman iaitu pengasas dan tenaga pengajar Yayasan Anda, yang menghidap Alzheimer, di Lembah Keramat hari ini. 

“Saudara (Mohd) Zaki merupakan sahabat saya ketika menuntut ilmu di Universiti Malaya dan sama-sama aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu.

“Beliau juga merupakan rakan pengasas dan tenaga pengajar Yayasan Anda sekitar 1972 hingga 1974 selain pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara,” katanya dalam catatan di laman Facebook malam ini.

Anwar turut mendoakan agar Mohd Zaki dan keluarganya terus tabah dalam mendepani dugaan serta dikurniakan kekuatan untuk menjalani kehidupan.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan